Monday, December 29, 2008

Majlis Suaikenal sesi 2009


Pasti As Shafie mengadakan Minggu Pendaftaran dan Suaikenal seawal 29 Disember 2008 hingga 2 Januari 2009. Semoga dengan bermulanya Tahun Baru, 1430 Hijrah ini membawa berkat dan rahmat buat AJK Pasti As Shafie dan sekalian ibu bapa dan anak-anak yang belajar di Pasti As Shafie.




Pasti As Shafie mengamalkan konsep usaha bersama, antara pihak AJK Pasti, Ibubapa, guru dan anak-anak. AJK amat mengalu-alukan perhatian, maklumbalas dan penglibatan pihak Ibubapa supaya anak-anak berasa yakin dan bersemangat untuk belajar. Permulaan pendidikan awal yang baik dan berteraskan kekeluargaan perlu dipupuk agar anak-anak menjadi generasi beriman yang cintakan Ilmu.






Pasti Untuk Semua. Slogan ini menjelaskan usaha Pasti membawa usaha dakwah dan pendidikan Islam dalam masyarakat. Sebolehnya, Pasti menetapkan kadar yuran rendah dan berpatutan,
sekadar menampung kos pengurusan dan operasi semasa. Kadar yang dikenakan buat masa ini boleh disemak semula dan dikurangkan jika kedudukan kewangan mengizinkan. Ini supaya lebih ramai anak-anak mendapat peluang menerima pendidikan awal Islam di Pasti As Shafie.