Wednesday, April 29, 2009

Majlis Meraikan Guru

Majlis Kecil-kecilan ini diadakan khusus untuk
menghargai jasa dan sumbangan dari Cikgu Nora
dan Cikgu Ayu. Mereka akan berhenti mulai Mei 2009.
Semoga Cikgu Ayu & Cikgu Nora akan berjaya
dalam usaha melanjutkan pelajaran/ menceburi
bidang kerjaya yang baru.
Sekali lagi, jasa dan sumbangan Cikgu
amatlah dihargai.


sukan PASTI





Tahniah atas usaha dan penyertaan murid Pasti As Shafie.

Walaupun tidak dapat mara ke peringkat akhir, namun semangat yang ditunjukkan amat membanggakan.

Semoga perkenalan dengan Pasti lain di sekitar Kawasan Serdang ini akan terus harmoni dan berkekalan.


Komen dari blog Adun Bangi
(klik tajuk di bawah)

SUKAN BOLASEPAK DAN BOLAJARING PASTI SERDANG 2009





Sebanyak 16 buah PASTI di kawasan Serdang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ini. Kejohanan berlangsung di padang bersebelahan Taman Rekreasi Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Apa yang menarik ialah komitmen ibu bapa terhadap kejohanan ini. Mereka telah menjadi jurulatih tidak rasmi dan memberi sokongan padu kepada pemain terutama pada perlawanan bolajaring.Mutu perlawanan bolasepak semakin meningkat . Semua pasukan dilihat telah membuat persiapan latihan sebelum kejohanan. Dalam keghairahan pemain mengawal bola tidak ada insiden menjaring gol digawang sendiri berbanding kejohanan sebelum ini. Walau bagaimana pun masih kedapatan pemain merebut bola dengan rakan sepasukan sendiri. Semua ini adalah corak bermain semulajadi dan menjadi satu bentuk hiburan kepada ibu bapa. Melupakan sebentar beban kerja mereka dan menumpukan perhatian memerhatikan karenah anak-anak mereka.
PASTI Ar- Raudah dari Seksyen 5 berjaya menjadi johan bagi perlawanan bolsepak dan bagi perlawanan bolajaring pula dimenangi oleh PASTI Al-Ehsan .Kejohanan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Serdang,Sdr. Adram Musa
Posted by dunbangi at 11:43 AM

Monday, April 20, 2009

SUKAN PASTI 2009


Sukan PASTI Serdang akan diadakan di Padang Awam Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada 26 April 2009.
Acara akan bermula dengan pendaftaran pasukan pada 7.30 pagi dan perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara PASTI dijangka bermula seawal 8.00 pagi.
Buat masa ini terdapat 21 PASTI di Kawasan Serdang dan dijangka perlawanan akan meriahdengan pelbagai keletah dan ragam anak-anak PASTI.
PASTI As Shafie juga tidak ketinggalan dengan turut sama menghantar pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring. Diharapkan penyertaan ini akan membantu menggilap bakat dan potensi yang ada pada setiap murid.
Semoga acara yang diadakan mendapat berkat dan rahmat dari ILahi.. amiin.

Sunday, April 12, 2009

Menjelang Sukan Pasti Kawasan Serdang

Pasti As Shafie akan turut serta dalam kejohanan bola sepak dan bola jaring yang akan diadakan pada 26 April 2009.

Walaupun merupakan Pasti yang baru, peluang untuk mencungkil bakat dan kebolehan setiap murid perlu dibuat oleh memupuk kebolehan dan skil masing-masing.

Buat masa ini, latihan telah diadakan di padang bangi 3 dan bangi perdana. Walaupun agak baru, namun setiap murid dilihat berupaya menunjukkan skil yang baik jika dilatih dengan sebaiknya.

Hubungan inter-personal yang baik juga boleh dipupuk menerusi kegiatan riadah dan sukan sebegini.


Bukan sahaja interaksi sesama murid, hubungan lebih harmoni juga boleh dijalinkan antara pengurusan pasti, guru dan ibubapa.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak ibubapa juga sangat membanggakan dan amat berguna untuk perkembangan diri dan potensi anak-anak.


Semoga usaha ini mendapat berkat dan rahmat dari ILahi.. Walaupun masing-masing ada hasrat melihat anak-anak Pasti As Shafie beraksi cemerlang dalam kejohanan itu kelak, namun apa yang penting kita memberi ruang untuk mengasah bakat dan potensi anak-anak.