Wednesday, January 28, 2009

Alhamdulillah


ALhamdulillah.

Perjalanan PASTI kini lebih lancar dan teratur.

Hasil dari Lawatan MGP Serdang yang lalu, pihak
Jawantankuasa PASTI As Shafie telah membuat
penstrukturan semula perjawatan guru dan kelas.

Diharap perkembangan baik ini akan memberikan
kebaikan buat semua, terutama proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) anak-anak PASTI.

Maklumbalas dan cadangan penambahbaikan dari
pihak ibubapa dan masyarakat setempat juga amat
dialu-alukan demi kelangsungan kejayaan PASTI.

Semoga usaha bersama ini akan mendapat berkat dan
rahmat sebaiknya dari ALlah SWT. Ameen.

Monday, January 12, 2009

Thursday, January 8, 2009

Komitmen


Pihak Majlis Guru Pasti (MGP) Kawasan Serdang telah mengadakan lawatan dan membuat penilaian terhadap mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Pasti As Shafie pada 8 Januari 2009.

Hasil lawatan tersebut, Jawatankuasa Pasti As Shafie akan membuat tindakan sewajarnya, khususnya berkaitan tenaga pengajar dan kaedah P & P. Pihak Jawatankuasa amat komited dengan mutu dan kualiti P&P dan tidak dapat berkompromi demi memastikan pendidikan terbaik buat anak-anak.

Kita berharap kelas mulai 12/01/2009 akan dijalankan dengan lebih baik dari sebelumnya. Komen dan pandangan ibubapa amat dialu-alukan agar anak-anak kita mendapat pendidikan Islam yang terbaik, termampu kami usahakan.

Diharap juga para ibubapa terus memberikan sokongan agar Pasti As Shafie akan terus berkembang, bukan sahaja dari aspek mutu dan kualiti pendidikan, bahkan juga kuantiti murid dan pertambahan infrastuktur bangunan.
catatan: gambar hiasan, dari blog pasti negeri selangor.

Monday, January 5, 2009

bermulanya sesi 2009


salam.
Terima kasih atas sokongan tuan puan pada Pasti as Shafie. Sepatutnya 3 guru/pembantu yang bertugas. Pasti as Shafie juga telah menawarkan kelas awal seminggu (29/12/08-2/01/2009)supaya semua pihak berasa selesa.

Namun keadaan agak tidak memuaskan pada permulaan kelas 5/1/2009. InsyaALlah pihak jawatankuasa akan berusaha mengambil tindakan segera untuk memperbaiki keadaan.

Walaupun guru telah diberi kursus dan mendapat latihan di Pasti lain sebelum ini, latihan sewajarnya akan ditingkatkan lagi. Majlis Guru Pasti (MGP) Kawasan Serdang telah dimaklumkan situasi yang berlaku dan pihak MGP akan datang melawat untuk menilai dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan tuan puan. Semoga usaha yang dilakukan dipermudahkan dan mendapat rahmat dari Ilahi.