Sunday, December 27, 2009

Minggu Suaikenal sesi 2010

PIHAK PENGURUSAN DAN GURU-GURU PASTI AS SHAFIE MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA MURID SESI 2010. SEMOGA SEMUA BERJAYA DAN DIRAHMATI ALLAH TAALA.




Suasana di hari pertama..28/12/2009
Ibubapa mengukur baju untuk anak-anak


Suaikenal murid baru dan lama


aktiviti bersama pada hari pertama minggu suaikenal

Saturday, December 12, 2009

Persiapan dan pendaftaran sesi 2010

Para guru yang bertugas untuk pendaftaran sesi 2010

dekorasi di dalam kelas


persiapan dan kerja kebersihan di bahagian luar

Sunday, November 22, 2009

Premis Baru

Gambar atas : Premis Baru Pasti , No 30 Jalan 3/48
Gambar bawah : Premis awal Pasti , No 10 Jalan 3/48

ALhamdulillah.. kerja perpindahan Pasti As Shafie telah dibuat pada 21 dan 22 November 2009. Mulai 23 November 2009, Pasti As Shafie akan beroperasi di Premis No 30, Jalan 3/48, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Selaras dengan peningkatan dari segi premis, peningkatan kualiti kerja dan mutu Pendidikan & Pembelajaran juga akan diusahakan agar memenuhi tahap yang diinginkan.

Maklumbalas dan sokongan berterusan semua pihak, terutama ibubapa amat diharapkan agar setiap perancangan dan aktiviti Pasti as Shafie akan lebih bermakna untuk semua murid-murid.

SEBAGAI MAKLUMAN AWAL, HARI TERBUKA PASTI AS SHAFIE AKAN DIBUAT PADA 12 & 13 DISEMBER 2009.

SESI PENDAFTARAN AKHIR PULA PADA 26 & 27 DISEMBER 2009.

PASTI AS SHAFIE AKAN MEMULAKAN SESI 2010 PADA 28 DISEMBER 2009 SEBAGAI MINGGU SUAIKENAL.




Thursday, November 19, 2009

Monday, November 16, 2009

Berita PASTI di Blog Adun Bangi

Ihtifal Pasti As-Shafie
Masjid Ash-Salihin, Teras Jernang,
27 Zulkaedah 1430H, 15 November 2009 (Ahad)




Pasti yang ADUN rasmikan pembukaannya pada 21 September 2008.
AlHamdulillah berjalan dengan baik.

Kini, Pasti ini mempunyai seramai 38 orang murid dengan 5 orang tenaga pengajar. Pasti ini mempunyai kelas bagi tahun 4, 5, dan 6 Tahun.

Pada hari ini bagi julung-julung kali Pasti Ash-Shafie ini mengadakan Majlis Ihtifal 2009 kali pertama dengan mengeluarkan kumpulan pelajar pertamanya seramai 13 orang.
ADUN Bangi diberi penghormatan merasmikan Ihtifal dan menyampaikan sijil dan hadiah.
Pelajar terbaik yang dinobatkan ialah Radin Mohd. Fikri bin Radin Mohd. Fauzi.

Saturday, November 14, 2009

Majlis Ihtifal 2009






Majlis diadakan di Dewan Seminar
Masjid As Solihin, Kg Teras Jernang
pada 15 November 2009


Perasmian disempurnakan oleh
YB Dr Shafie Abu Bakar
ADUN Bangi


Persembahan murid-murid


Graduasi sulung Pasti As Shafie

Thursday, November 5, 2009

Laporan Akademik


Semua buku laporan akademik pelajar PASTI telah siap untuk serahan kepada Ibubapa.

Ibubapa boleh hadir dan rujuk pada guru mulai hari ini (6/11/2009)dan pagi esok (7/11/2009).

Segala maklumbalas semua pihak akan diambil perhatian oleh Pengurusan untuk penambahbaikan.

Sebagai makluman, PASTI As Shafie sedang dalam proses pindah ke 'corner lot' . Kerja perpindahan akan dibuat sebaik cuti bermula. Lokasi masih di Jalan 3/48.

Semoga kerjasama dan sokongan tuan puan akan memberikan kejayaan buat anak-anak kita bersama.

Wasalam.

Pengurusan
Pasti As Shafie

Wednesday, October 21, 2009

Thursday, October 15, 2009

Peperiksaan Akhir

Pihak Pengurusan Pasti As Shafie mengucapkan
selamat maju jaya buat semua murid yang akan
menduduki peperiksaan akhir 2009.

Dimaklumkan jadual peperiksaan sama seperti
yang telah diedarkan bersama kad raya sebelum ini.

Tiada sebarang perubahan jadual peperiksaan.

Sekian, terima kasih.


Pengurusan
PASTI As Shafie

Sunday, September 13, 2009

Majlis Iftar PASTI As Shafie 1430H








Pihak Jawatankuasa mengucapkan terima kasih
atas sumbangan dan penglibatan semua ke arah
menjayakan Majlis Iftar Pasti As Shafie 1430H.
Semoga usaha dan amal kebaikan ini dapat
sama-sama kita teruskan..


Sunday, September 6, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA

Pasti As Shafie menjemput para Ahli Jawatankuasa, Guru, Ibubapa dan penduduk sekitar untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama seperti berikut:-

Tarikh : 23 Ramadhan 1430H (13 September 2009)
Hari : Ahad
Masa:-
6.30pm - Kehadiran semua
6.45pm - Bacaan Yaasin , Tahlil , Doa
7.16pm - Waktu Maghrib & berbuka Puasa, seterusnya solat maghrib bersama.

Kita amat mengharapkan penyertaan semua..

Bagi pengesahan kehadiran, ibubapa diharap maklumkan pada guru pasti menerusi no telefon Pasti As Shafie - 013-23 111 83.

Pengesahan kehadiran Ibubapa & keluarga penting untuk mengelakkan over estimate/membazir..

Sekian, terima kasih.

Monday, August 10, 2009

Prestasi Guru dan Murid PASTI AS Shafie

Perkembangan dunia pendidikan kini bukan sahaja mengejar kuantiti, namun yang paling kritikal adalah kualiti.

Pada 8-9 Ogos 2009 yang lepas, 2 Guru PASTI As Shafie turut menyertai Kursus Pengajaran 5 Tahun Peringkat Selangor untuk meningkatkan kualiti dan standard pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagi murid 6 tahun pula , Pihak J/kuasa menyedari kelemahan yang berlaku kerana tidak semua yang mengikuti pendidikan PASTI ketika 5 Tahun. Oleh itu, ada yang sukar mengikuti tahap 6 tahun.

Kelas intensif telah dirancang untuk mengatasi masalah ini. Kini hanya ada 3 bulan sahaja sebelum peperiksaan akhir, dan seterusnya bercuti sebelum melangkah ke darjah satu.

Untuk bulan pertama, guru akan mengenal pasti dan memberi latihan intensif mengikut murid yang bermasalah. Jika masih kurang kemajuan, kelas tambahan akan dicadangkan kepada murid-murid tertentu.

Ibubapa juga amat dialu-alukan memberi maklumbalas mengenai prestasi anak masing-masing, sama ada kepada guru atau j/kuasa PASTI.


Terima Kasih.

Tuesday, July 7, 2009

Penambahbaikan PASTI As Shafie

J/Kuasa Pentadbir PASTI As Shafie amat prihatin dengan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.

Oleh itu, para ibubapa dialu-alukan memberikan maklumbalas segera sekiranya terdapat kualiti perkhidmatan guru yang tidak memuaskan atau menimbulkan rasa kurang senang.

Maklumbalas yang diberi amat dihargai dan sebolehnya akan diambil tindakan serta merta.

Komen atau maklumbalas boleh dibuat terus ke emel:
pastiasshafie@yahoo.com
pastiasshafie@gmail.com

atau secara terbuka di blog
http://pastiasshafie.blogspot.com/
Sekian , terima kasih.


J/Kuasa Pentadbir
PASTI As Shafie

Sunday, July 5, 2009

bingkisan sahabat

Imam Ghazali Bertanya 6 Soalan

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? ".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan kamu benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, Manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Saturday, June 20, 2009

Report Card

Salam.

Dijemput Ibubapa untuk hadir menandatangani Buku Kemajuan (report card) anak masing-masing pada tarikh berikut:

Tarikh : 27 Jun 2009
Hari : Sabtu

Masa : 9.00pg - 12.00 tghri


Semoga dapat meluangkan masa seketika untuk menilai kemajuan pendidikan anak-anak disamping memberi cadangan penambahbaikan untuk kepentingan pendidikan anak-anak.

Bersama ini dilampirkan pencapaian subjek peperiksaan pertengahan tahun 2009 bagi PASTI As Shafie.

Sekian , terima kasih.

J/Kuasa Pentadbir
PASTI As Shafie

Tuesday, May 12, 2009

Jadual Peperiksaan


Selamat Hari Guru dan Selamat Menghadapi Peperiksaan

Salam.
Kepada semua guru, diucapkan selamat hari guru.

Bagi murid-murid Pasti,
khususnya Pasti As Shafie, selamat menghadapi
Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan
bermula pada 18 Mei 2009.

Para Ibubapa boleh merujuk edaran yang diserahkan
melalui murid-murid berkenaan tarikh dan subjek
peperiksaan. Semoga semua murid dapat bersedia
dengan sebaiknya.

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati ILahi.
Amiin.

Wednesday, April 29, 2009

Majlis Meraikan Guru

Majlis Kecil-kecilan ini diadakan khusus untuk
menghargai jasa dan sumbangan dari Cikgu Nora
dan Cikgu Ayu. Mereka akan berhenti mulai Mei 2009.
Semoga Cikgu Ayu & Cikgu Nora akan berjaya
dalam usaha melanjutkan pelajaran/ menceburi
bidang kerjaya yang baru.
Sekali lagi, jasa dan sumbangan Cikgu
amatlah dihargai.


sukan PASTI





Tahniah atas usaha dan penyertaan murid Pasti As Shafie.

Walaupun tidak dapat mara ke peringkat akhir, namun semangat yang ditunjukkan amat membanggakan.

Semoga perkenalan dengan Pasti lain di sekitar Kawasan Serdang ini akan terus harmoni dan berkekalan.


Komen dari blog Adun Bangi
(klik tajuk di bawah)

SUKAN BOLASEPAK DAN BOLAJARING PASTI SERDANG 2009





Sebanyak 16 buah PASTI di kawasan Serdang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ini. Kejohanan berlangsung di padang bersebelahan Taman Rekreasi Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Apa yang menarik ialah komitmen ibu bapa terhadap kejohanan ini. Mereka telah menjadi jurulatih tidak rasmi dan memberi sokongan padu kepada pemain terutama pada perlawanan bolajaring.Mutu perlawanan bolasepak semakin meningkat . Semua pasukan dilihat telah membuat persiapan latihan sebelum kejohanan. Dalam keghairahan pemain mengawal bola tidak ada insiden menjaring gol digawang sendiri berbanding kejohanan sebelum ini. Walau bagaimana pun masih kedapatan pemain merebut bola dengan rakan sepasukan sendiri. Semua ini adalah corak bermain semulajadi dan menjadi satu bentuk hiburan kepada ibu bapa. Melupakan sebentar beban kerja mereka dan menumpukan perhatian memerhatikan karenah anak-anak mereka.
PASTI Ar- Raudah dari Seksyen 5 berjaya menjadi johan bagi perlawanan bolsepak dan bagi perlawanan bolajaring pula dimenangi oleh PASTI Al-Ehsan .Kejohanan dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Serdang,Sdr. Adram Musa
Posted by dunbangi at 11:43 AM

Monday, April 20, 2009

SUKAN PASTI 2009


Sukan PASTI Serdang akan diadakan di Padang Awam Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada 26 April 2009.
Acara akan bermula dengan pendaftaran pasukan pada 7.30 pagi dan perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring antara PASTI dijangka bermula seawal 8.00 pagi.
Buat masa ini terdapat 21 PASTI di Kawasan Serdang dan dijangka perlawanan akan meriahdengan pelbagai keletah dan ragam anak-anak PASTI.
PASTI As Shafie juga tidak ketinggalan dengan turut sama menghantar pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring. Diharapkan penyertaan ini akan membantu menggilap bakat dan potensi yang ada pada setiap murid.
Semoga acara yang diadakan mendapat berkat dan rahmat dari ILahi.. amiin.

Sunday, April 12, 2009

Menjelang Sukan Pasti Kawasan Serdang

Pasti As Shafie akan turut serta dalam kejohanan bola sepak dan bola jaring yang akan diadakan pada 26 April 2009.

Walaupun merupakan Pasti yang baru, peluang untuk mencungkil bakat dan kebolehan setiap murid perlu dibuat oleh memupuk kebolehan dan skil masing-masing.

Buat masa ini, latihan telah diadakan di padang bangi 3 dan bangi perdana. Walaupun agak baru, namun setiap murid dilihat berupaya menunjukkan skil yang baik jika dilatih dengan sebaiknya.

Hubungan inter-personal yang baik juga boleh dipupuk menerusi kegiatan riadah dan sukan sebegini.


Bukan sahaja interaksi sesama murid, hubungan lebih harmoni juga boleh dijalinkan antara pengurusan pasti, guru dan ibubapa.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak ibubapa juga sangat membanggakan dan amat berguna untuk perkembangan diri dan potensi anak-anak.


Semoga usaha ini mendapat berkat dan rahmat dari ILahi.. Walaupun masing-masing ada hasrat melihat anak-anak Pasti As Shafie beraksi cemerlang dalam kejohanan itu kelak, namun apa yang penting kita memberi ruang untuk mengasah bakat dan potensi anak-anak.