Sunday, December 5, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru


PASTI As Shafie mengucapkan selamat menyambut tahun baru, 1432Hijrah dan 2011Masihi.
Semoga semangat dan usaha semua akan terus ditingkatkan, demi kejayaan di dunia dan akhirat.


Dijemput semua hadir ke Hari Terbuka PASTI As Shafie pada 18 & 19 Dec. 2010, bermula 8.30pagi, untuk mendapat info dan pendaftaran sesi 2011.


Saturday, November 13, 2010

Majlis Kecemerlangan Pasti 2010

Majlis Kecemerlangan PASTI As Shafie 2010 telah diadakan di Dewan Seminar, Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 6 Zulhijjah 1431, bersamaan 13 November 2010, pada jam 7.30pagi hingga 11.30pagi.

Majlis ini adalah untuk meraikan graduasi murid 6 tahun dan kejayaan akademik di kelas.
Persembahan murid juga diadakan sebagai mencungkil bakat dan potensi setiap murid.


aluan pengerusi majlis


bacaan doa majlis


alunan ayat suci al Quran


ucapan pengurus pasti


ibubapa yang hadir


Ucapan Ust Mohd Farhan Abdullah Al Hafiz


perbarisan graduasi 2010 dan penyampaian sijil




persembahan dari murid



persembahan melibatkan semua murid dan kelas di PASTI As Shafie

Tuesday, November 2, 2010

Buku Rekod Murid 2010

Salam.

Dijemput para ibubapa untuk hadir ke PASTI As Shafie pada 5 Nov. 2010, 8.30pg-12tghri, untuk semakan dan tandatangan buku rekod anak-anak tuan-puan.

Diharap maklumbalas dan perbincangan boleh dibuat untuk kemajuan pendidikan anak-anak untuk sesi akan datang.

Terima kasih.

J/Kuasa Pengurusan
PASTI As Shafie 2010.

Friday, October 8, 2010

Sunday, October 3, 2010

menyertai Hari Bakat 2010

persediaan sebelum masuk ke dewan pertandingan

acara sajak



persembahan nasyid
Hari Bakat 2010 telah dianjurkan oleh PASTI Serdang pada 03/10/2010 di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi sebagai memilih wakil kawasan Serdang untuk ke pertandingan peringkat Negeri Selangor.
PASTI As Shafie juga menyertai beberapa acara dan mendapat tempat 2 bagi sajak kategori lelaki dan tempat ke 3 bagi hafazan kategori perempuan.
Sebagai penyertaan pertama, Pencapaian baik ini boleh ditingkatkan pada masa hadapan. Ini memandangkan para guru juga masih baru didedahkan dengan kaedah dan format pertandingan.
Namun apa yang penting, pendedahan awal dan mengasah bakat para murid untuk peningkatan mutu pendidikan dan modal insan. Penghargaan setingginya juga kepada para ibubapa yang memberikan sokongan padu kepada semua murid, tanpa mengira menang atau tidak.



Monday, September 27, 2010

Wednesday, July 28, 2010

Lawatan ke Aquaria KLCC

Sejak pembukaannya, ini merupakan kali pertama PASTI As Shafie menganjurkan program lawatan untuk para murid. Berasaskan konsep untuk menambahkan kaedah pembelajaran, pihak j/kuasa dan guru bersetuju memilih Aquaria KLCC sebagai destinasi.
beratur sebelum menaiki bas


tiba di Aquaria sekitar 10.15 pagi


Rombongan murid beratur untuk masuk sekitar 10.30 pagi



Petugas memberi penerangan mengenai tapak sulaiman, gamat..
Murid juga dibenarkan menyentuh haiwan berkenaan..


melihat persekitaran seperti dari dasar laut


setelah puas melawat sekitar Aquaria, murid-murid dibawa menjamu selera , makan tengahari di KFC di Suria KLCC ..
Walaupun aturcara agak ringkas, namun tempoh masa hampir 2 jam di Aquaria memberi pendedahan tentang hidupan laut kepada para murid.
Semoga pada masa depan pihak j/kuasa dan guru Pasti As Shafie mampu menganjurkan program yang lebih baik. Terima kasih juga atas sokongan dan sumbangan para ibubapa.

Tuesday, June 1, 2010

REPORT CARD

Kertas peperiksaan pertengahan tahun PASTI As Shafie telah selesai disemak dan dikemaskini ke buku prestasi murid.

Oleh itu para ibubapa dijemput hadir untuk membuat semakan dan perbincangan prestasi anak masing-masing.

Pihak ibubapa dijemput hadir pada;
Tarikh: 05/06/2010
Hari: Sabtu
Masa: 9.00pagi-12.00tghri


Kerjasama erat antara ibubapa dan guru amatlah penting demi kemajuan pendidikan anak-anak di PASTI As Shafie.


.
.

Monday, May 24, 2010

Sunday, May 9, 2010

sekitar sukaneka 2010


Pasti As Shafie menganjurkan sukaneka 2010 di Padang Bangi Perdana pada 9 Mei 2010. Kerjasama dan penglibatan para ibubapa amat menggalakkan.





Majlis Bacaan Doa disempurnakan oleh En Mursyid..




Ucapan aluan oleh En Wan Zailan , Timbalan Pengurus Pasti As Shafie




Majlis Perasmian oleh Tn Hj Shahronizam Noordin, Pengerusi PASTI Kawasan Serdang




Kontinjen Murid Pasti yang menyertai Acara Sukaneka





Bacaan Ikrar diketuai oleh adik Syazwan..





terdapat pelbagai acara sukaneka dianjurkan


tidak ketinggalan juga acara untuk para ibubapa..


Pihak J/Kuasa Pasti As Shafie amat berbangga dan berterima kasih kepada semua pihak yang turut memberi sumbangan dan kerjasama untuk menjayakan sukaneka yang diadakan.

Penglibatan para ibubapa yang turut berusaha menjayakan sukaneka kali ini juga merupakan usaha yang murni untuk membantu perkembangan pendidikan anak-anak.

Semoga kerja baik ini mendapat berkat dan rahmat dari Allah Taala.




p/s- sumbangan gambar/klip video juga boleh diemel ke pastiasshafie@yahoo.com atau pastiasshafie@gmail.com.

Monday, May 3, 2010

Sukaneka 2010


Sempena Sukaneka 2010, PASTI As Shafie mengalu-alukan sumbangan hadiah/hamper dari ibubapa untuk memeriahkan acara dan cabutan bertuah.
Hadiah/hamper tidak ditentukan sebarang harga. Terpulang kepada keikhlasan.

Semua hadiah/hamper diharap boleh dihantar ke PASTI pada/sebelum hari Jumaat, 07/05/2010 , untuk memudahkan penyusunan oleh guru-guru.

Penglibatan dan sumbangan tuan puan amatlah dihargai.

Saturday, April 17, 2010

menyertai Sukan PASTI Serdang 2010


Pasukan Pasti As Shafie diketuai oleh Sdr Wan Zailan



Acara Sukan dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi.


menyertai bacaan Ikrar sukan oleh semua pasukan



perlawanan bola sepak.
Pasti As Shafie menunjukkan semangat juang yang tinggi dan mampu mengekang 0-0 dengan pasukan Pasti Al Ehsan (Johan 2006-2008 & Naib Johan 2009-2010)





Syabas juga kepada pasukan bola jaring kerana menunjukkan kesungguhan dalam semua perlawanan.


Apa yan penting, pendedahan dan pengalaman seumpama ini penting untuk perkembangan pendidikan anak-anak. Sama ada anak terpilih sebagai pemain atau tidak, kehadiran ramai ibubapa yang memberi sokongan amatlah dihargai.

Pihak pengurusan Pasti As Shafie mengucapkan tahniah kepada semua murid dan guru.
Terima kasih juga kepada para ibubapa yang turut hadir dan memberi sokongan.