Monday, August 10, 2009

Prestasi Guru dan Murid PASTI AS Shafie

Perkembangan dunia pendidikan kini bukan sahaja mengejar kuantiti, namun yang paling kritikal adalah kualiti.

Pada 8-9 Ogos 2009 yang lepas, 2 Guru PASTI As Shafie turut menyertai Kursus Pengajaran 5 Tahun Peringkat Selangor untuk meningkatkan kualiti dan standard pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagi murid 6 tahun pula , Pihak J/kuasa menyedari kelemahan yang berlaku kerana tidak semua yang mengikuti pendidikan PASTI ketika 5 Tahun. Oleh itu, ada yang sukar mengikuti tahap 6 tahun.

Kelas intensif telah dirancang untuk mengatasi masalah ini. Kini hanya ada 3 bulan sahaja sebelum peperiksaan akhir, dan seterusnya bercuti sebelum melangkah ke darjah satu.

Untuk bulan pertama, guru akan mengenal pasti dan memberi latihan intensif mengikut murid yang bermasalah. Jika masih kurang kemajuan, kelas tambahan akan dicadangkan kepada murid-murid tertentu.

Ibubapa juga amat dialu-alukan memberi maklumbalas mengenai prestasi anak masing-masing, sama ada kepada guru atau j/kuasa PASTI.


Terima Kasih.